Masihkah?

Masih ingat pertemuan pertama kita?
Secara tak sengaja kita bertegur
Hanya dengan satu teguran
Kau hulur salam perkenalan

Masih ingat pertama kali kita berborak?
Agak kekok
Kerana saat itu baru bermulanya
Ikatan perkenalan antara kita

Masih ingat saat kita bercerita tentang semua?
Kita berkongsi pelbagai cerita
Tanpa satu rahsia
Bercerita seolah tiada hari esok

Masih ingat saat kita luang masa?
Matahari menjadi saksi
Pantai menjadi mata untuk semua kenangan itu
Walau mungkin hanya untuk seketika

Tapi,
Kini semua itu hilang
Hilang dibawa pergi
Oleh silap yang aku mulakan sendiri
Kau pergi mencari jawapan mengubat hati
Sedang aku?
Berharap kau beri peluang sekali lagi.

Di mana kau berada,
Dengan siapa kau bersama,
Semoga hari kau baik baik sahaja
Dan jumpa jawapan yang kau cari.

Saat bila mana segalanya terjawab,
Datang lah kembali,
Aku ada di sini,
Setia di sini.

Oleh: Mikayla, Johor.

img_20161226_020940

Advertisements