Dipenjarakan Dunia

Ayuh! Pusingkan kepala,

Jenguk sebentar ke jendela,

Nampakkah kau bintang sempurna?

Bilikmu dihiasi palang penjara

Kaki kau cacat; mata kau buta,

Setahun tak bertemu tanah,

Sedekad tak bersentuh pokok,

Sampai mati tak berjumpa tokoh

Hanya wang kau jadikan tuhan,

Kerjamu kelapa tak bersantan,

Bila penat tiket terbang kau beli,

Hujankan batu ke rumah sendiri,

Harusku desak kau senyum,

Harusku paksa kau bersapa,

Tanah airku kau jambankan,

Budayaku kau persiakan.

Duniaku kau “moden”kan.

Karya,

AminTheRanter, Selangor.

Advertisements