Sahabat

Acap kali aku minta disayangi, minta di hargai,

Acap kali aku minta diberi perhatian, minta didengari,
Seringkali aku berdoa agar muncul seseorang yang akan berjuang demi aku,
Berjuang untuk kekalkan aku dalam hidupnya,
Namun, sahabat,
Acap kali aku kecewa kerana sebaliknya yang berlaku,
Aku yang menyayangi,
Aku yang memberi perhatian,
Aku yang menghargai dan aku yang mendengari,
Jadi bila engkau datang kepadaku,
Bila engkau mencurahkan kasih sayang tanpa mengenal jemu,
Bila engkau menghargai setiap perbuatanku,
Bila engkau berjuang untuk mengekalkan aku dalam hidup engkau,
Engkau tundukkan kepala,
Engkau hapuskan ego,
Engkau menerima aku,
Aku buta, aku tidak faham
Aku tidak dapat mengerti maksud perbuatan engkau,
Aku tolak engkau ke tepi,
Aku berpaling dari engkau,
Aku tidak tahu bagaimana untuk menjadi yang dihargai,
Untuk menjadi yang diperjuangkan dan disayangi,
Sahabat,
Maafkan aku,
Maafkan aku kerana tidak memahami engkau,
Maafkan aku kerana tidak menghargai engkau,
Maafkan aku kerana melukai engkau,
Maafkan aku kerana muncul dalam hidup engkau,
Maafkan aku, sahabat.
by,
Lisa Natasha, PJ.
large (9)image taken from WeHeartIt.com
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s